NADIxMAHIR - Kelas Mahir Masak
14 April 2025 | Aktiviti TerkiniPada 13 April 2025, Kelas NADIxMAHIR - Mahir Masak telah diadakan di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kg Jerijeh. Latihan diadakan menggunakan aplikasi Zoom. NADIxMahir adalah inisiatif yang dilaksanakan oleh Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) untuk memperkasakan komuniti dengan menawarkan pelbagai kursus kemahiran. Salah satu kursus yang ditawarkan ialah Mahir Masak, yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran memasak peserta, sama ada untuk kegunaan peribadi atau sebagai persediaan untuk menceburi bidang perniagaan makanan.
Peserta akan mempelajari teknik memasak pelbagai jenis masakan, termasuk masakan barat dan Nyonya, serta pengetahuan mengenai sanitasi dan keselamatan dalam penyediaan makanan. Melalui program NADIxMahir ini, diharapkan peserta dapat meningkatkan kemahiran memasak mereka dan berpotensi menjadikannya sebagai sumber pendapatan atau sekadar menambah pengetahuan dalam bidang kulinari. Kelas ini berlangsung sekitar jam 2.30 petang sehingga jam 4.30 petang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: